Skip to main content

8 Cara Kecutkan Jerawat Dalam Masa Satu Hari (Mudah dan Cepat)

jerawat merah nanah

Jerawat menganggu hari awak? Jangan risau. Hari ini Syaza nak share cara-cara macam mana nak kecutkan jerawat dengan cepat dan mudah. Dalam masa satu malam sahaja. Jerawat ni datang tak di undang, dan pergi sentiasa kita alu-alukan. 

Antara situasi yang selalu bagi kita rasa tertekan dan stress, esok kenduri kahwin, jerawat tiba-tiba muncul dengan bangganya dekat pipi. Merah dan besar. Sangat malu, takkan nak keluar jadi pengantin dengan jerawat besar dekat pipi? Ish. Taknaklah!

7 Cara Hilangkan Jerawat Dalam Masa Satu Hari

1. Gunakan Krim Anti-Jerawat

krim anti jerawat malaysia kecutkan jerawat dalam masa satu malam

Di pasaran ada banyak krim anti-jerawat yang di jual untuk bantu kita hilangkan jerawat dalam satu malam. Antaranya ialah krim dari jenama Oxy. Letakkan krim ini di atas jerawat berkenaan dan ia akan kecut dalam masa satu hari.

2. Ubat Gigi

colgate kecutkan jerawat satu malam

Seperti nombor 1, ubat gigi cara mudah dan murah untuk kecutkan jerawat kita. Amek je ubat gigi yang ada dan letakkan atas jerawat. Walaubagaimanapun, sekiranya kita dari jenis kulit sensitif, lebih baik jangan guna cara ini sebab akan hasilkan jerawat yang lebih merah.

3. Putih Telur

putih telur kecutkan jerawat satu malam

Telur bukan sahaja untuk di makan, tapi berfungsi juga dalam kecantikan kulit. Untuk kecutkan jerawat, pecahkan telur dan asingkan putih telur dan kuningnya. Pukul rata dan kacau putih telur sahaja, dan letakkan di atas jerawat dengan tangan yang bersih. Biarkan selama 20 minit. Jika jerawat besar dan merah sangat, biarkan semalaman dan cuci pada esok paginya. 

Bonus : Bagi yang ada parut hitam, putih telur juga membantu untuk pudarkan parut taw!

4. Teh Hijau

teh hijau baik untuk kecutkan jerawat

Sama ada kita penggemar teh hijau atau tidak, teh hijau ini sememangnya dari dahulu sejak zaman berzaman lagi dapat membantu untuk mengecutkan jerawat kita. Ianya kerana teh hijau mempunyai sifat anti-radang yang mengurangkan kesan merah dan bengkak atas jerawat. Caranya ialah, didihkan satu uncang teh hijau tadi, dan selepas didihkan, ambil uncang teh hijau tersebut, letakkan di atas kawasan jerawat tadi. Atau gunakan cotton ball atau cotton pad dan sapukan air uncang teh hijau di atas kawasan yang ada jerawat itu.

5. Madu

madu kecutkan jerawat

Madu sebenarnya terbukti dalam memberikan penyelesaian terbaik untuk kecutkan jerawat dalam satu hari. Walaupun madu kelihatan melekit seolah akan menyumbatkan pori muka, hakikatnya madu mempunyai sifat anti-bakteria yang akan mengurangkan saiz jerawat dan akhirnya mengecutkan jerawat

Sapukan madu dalam amaun kecil ke atas jerawat dan biarkan ia dalam masa satu jam, kemudian basuh muka seperti biasa. Untuk hasil terbaik, biarkan semalaman dan cuci keesokan harinya.

6. Minyak Tea Tree

minyak tea tree

Ini mungkin cara terbaik yang boleh kita guna untuk letakkan atas jerawat merah tadi. Khasiat minyak tea tree adalah sangat dikenali ramai. Minyak tea tree selalu digunakan sebagai bahan utama dalam produk yang berkaitan untuk merawat jerawat. 

Minyak tea tree adalah pelarut terbaik untuk menghalang pori tersumbat! Dalam satu cawan, campurkan minyak tea tree dengan 9 sudu cawan air masak (sebaiknya air tapis / filter). Larutkan dan ambil cotton pad atau cotton ball, kemudian sapukan dab dab di atas jerawat kita tadi.

7. Gel Aloe Vera

gel aloe vera

Bagi jenis jerawat yang membengkak hingga tahap melampau, gel aloe vera adalah jawapannya. Ianya sangat sesuai terutama bagi yang memiliki kulit sensitif kerana ciri-ciri anti-bakteria dari gel aloe vera akan mengurangkan tahap radang dan bengkak jerawat untuk kecutkannya. Kita boleh dapatkan pelbagai jenis gel aloe vera yang ada di pasaran. Sapukan atas jerawat dan biarkan semalaman.

Bonus : Gel Aloe Vera juga sangat baik untuk atasi sunburn!

8. Masker Vitamin C Shaklee

masker vitamin c shaklee boleh kecutkan jerawat satu malam

Vitamin C Shaklee, adalah bukan sahaja vitamin terbaik untuk kita makan dan amalkan bagi mengelakkan masalah jerawat daripada berulang. Tetapi, ianya boleh di buat masker dan hasilnya sangat mengagumkan kerana Vitamin C dari Shaklee ini boleh mengecutkan jerawat dalam masa satu malam sahaja!

Caraya mudah, pecahkan kapsul Vitamin C Shaklee ini, dan larutkan dalam air (vitamin C jenama Shaklee sangat mudah larut), tepekkan atas muka, biarkan semalaman.

Bonus : Vitamin C ini juga membantu cerahkan kulit dan atasi masalah jerawat dari dalam sekiranya di makan dan di buat masker seiringan.

.
Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...