Skip to main content

Kemurungan Lebih Kronik Dari Stress

kemurungan

Menurut World Health Organisation (WHO), 80,000 telah membunuh diri setiap tahun dan 11 daripada 100,000 orang yang mengambil keputusan membunuh diri adalah akibat masalah kemurungan.

Malah, turut mengejutkan, kemurungan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai depression, adalah menjadi punca kematian bunuh diri utama dalam kalangan remaja lingkungan usia 15 hingga 29 tahun.

Baru-baru ini, kerajaan di gesa untuk menambahkan bilangan doktor psiakiatri, berikutan laporan yang menunjukkan berlaku pendadakan terhadap masalah kemurungan yang melanda negara kita, Malaysia.

Dr Dzulkefy Ahmad, selaku Menteri Kesihatan Malaysia, "Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2017 telah menjalankan Kajian Kesihatan Morbiditi dan Kebangsaan mendapati, kemurungan bagi golongan berusia 13 hingga 17 tahun adalah dalam lingkungan 18.3%,"

Sambung beliau lagi, laporan kajian menyatakan, terdapat peningkatan terhadap idea untuk membunuh diri ekoran kemurungan dalam golongan ini sebanyak 10% berbanding, 7.9% pada 2012.

Kemurungan bukan perkara yang boleh di buat mainan. Ianya adalah sesuatu yang benar terjadi dan mungkin diri kita atau ada dalam kalangan sekeliling kita yang sedang alami masalah ini - kemurungan atau depression.

Apa itu Kemurungan?

Murung, depresi atau depression ini adalah penyakit dari kategori major, yang serius dan akan menyebabkan kehidupan seharian kita tergugat secara negatif. Ia akan beri kesan terhadap cara fikir, cara bertindak dan keseluruhan hidup bakal terjejas.

Terdapat dua kategori umum kemurungan iaitu:
  1. Kemurungan Biasa (Mood Depression)
  2. Kemurungan Klinikal (Clinical Depression)

Kemurungan biasa, menyebabkan kita hilang semangat terhadap sesuatu pekerjaan dan perkara yang dilakukan. Tambahan, ia turut mengakibatkan kita sentiasa rasa kosong dan seolah hilang jiwa. Manakala, kemurungan kritikal, adalah lebih serius dari itu.

Untuk di kesan seseorang itu mempunyai masalah kemurungan klinikal, sekurang-kurangnya, simptom atau tanda tersebut ada pada dirinya selama 2 minggu atau lebih.

Tidak seperti kemuruangan biasa, yang mudah dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, kemurungan jenis klinikal hanya boleh dikenalpasti lebih lanjut oleh Ahli Psikiatri kerana ianya sudah parah!

Adakah Murung Sama Dengan Stress?

Tidak sama.

kemurungan

Stress adalah tekanan perasaan yang boleh di kawal diri sendiri tanpa perlu bantuan perubatan. Stress atau tertekan ini merupakan perkara biasa dan sentiasa dihadapi oleh semua orang dalam kehidupan seharian. 

Walaubagaimanapun, bagi kita yang tidak pandai mengawal stress, lama kelamaan, stress yang menumpu dan berkumpul dalam hidup kita juga boleh membawa kepada masalah kemurungan, sama ada jenis murung biasa atau klinikal.

Jika stress tidak dapat di kawal dan berlarutan selama 2 minggu atau lebih, ia boleh dikategorikan sebagai murung dari jenis klinikal dan perlukan rawatan. 

Adakah Murung itu Gila?

Tidak.

kemurungan

Menuurut Dr Akif Basri seorang Ahli Psikologi Klinikal, "Kemurungan bukan penyakit gila. Ia boleh di rawat. Seseorang yang mengalami kemurungan mempunyai 'cawan' yang lebih besar berbanding orang lain. Mereka memerlukan ruang untuk didengari dan difahami yang lebih banyak dan besar berbanding orang biasa yang tidak alami kemurungan.

Sokongan, telingan yang mendengar dengan sabar, sikap empati dan bahu yang menerima tangisan mereka setia hari amat diperlukan! Apabila 'cawan' mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih mudah untuk berfikiran waras dan rasional serta emosi mereka akan lebih stabil. 

Adalah amat di larang untuk memberi sebarang jenis nasihat atau tazkirah SEBELUM mendengar semua luahan mereka dan memenuhi 'cawan' mereka,"

Tanda-tanda Kemurungan

Jika kita mempunyai tanda di bawah hampir setiap hari sepanjang 2 minggu berturut, kita mungkin sedang mengalami kemuruangan.

  • Sedih berterusan
  • Mudah risau tak bertempat
  • Rasa 'hilang', lost
  • Rasa putus asa, tak ada harapan
  • Mudah terguris
  • Rasa bersalah 
  • Rasa diri tak berguna
  • Tenaga berkurang
  • Cepat letih
  • Bercakap dan berjalan perlahan
  • Rasa penat dan tak cukup rehat
  • Susah nak fokus
  • Susah nak buat keputusan
  • Susah nak ingat sesuatu perkara balik
  • Susah tidur
  • Susah bangun pagi
  • Terlebih tidur
  • Selera makan berubah
  • Berat turun atau naik mendadak
  • Pernah fikir nak bunuh diri
  • Sakit di bahagian abdomen 
  • Mudah cramp, kejang
  • Susah membuang air besar
Cara Atasi

Berita baik! Kemurungan boleh di rawat. ツ
  • Jumpa Psikiatri
  • Bercakap dengan orang yang dipercayai dan boleh mendengar
  • Luahkan di medium seperti blog atau melalui penulisan tertutup
  • Makan makanan sihat
  • Elakkan gula dan garam
  • Bersenam
  • Pengambilan ubatan khas
  • Pengambilan vitamin anti-kemurungan
Kesimpulan

Jika ada di sekeliling kita yang dikenalpasti mempunyai tanda awal kemurungan, segera dapatkan mereka dan dengar masalah mereka tanpa membuat sebarang spekulasi awal. Dapatkan nasihat pakar jika memerlukan.

Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor | 1245903.

Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...