Skip to main content

3 Tips Awet Muda Menurut Islam

tips awet muda menurut islam

Awet muda. Bila sebut je awet muda kita akan terbayang wajah wanita yang berusia namun memiliki wajah yang tak di mamah usia. Ha, macam mana tu? Maksudnya walaupun umur sebaya dengan kawan-kawan yang lain tapi wajah dan kulit mereka tidak seperti kawan yang sebaya.

Perasan tak, ada orang umur 30 dah berkedut kulit muka. Padahal baru 30 tahun. Tapi, ada yang 30 tahun, kulit still maintain macam umur 25 tahun. Kulit lebih muda dari usia. Logik tak benda ni? Ya logik sebab keadaan kulit muka kita menunjukkan macam mana kesihatan sel badan kita. 

Bagi yang kulit muka lebih tua dari usia, ini menunjukkan mereka mempunyai tahap kesihatan sel badan yang rendah. Daripada keadaan tersebut, kita perlu berjaga-jaga sebab badan sendiri lebih dah 'tua' dan mudah menerima penyakit.

Selain daripada penjagaan kecantikan secara luaran, terdapat juga teknik menjaga kecantikan yang boleh diamalkan untuk kekal awet muda seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam. 

3 Tips Awet Muda Menurut Islam

1. Tahajud

tips awet muda menurut islam

Solat Tahajud adalah kebiasaan para solihin di zaman Rasulullah saw. Hebatnya solat ini sehingga Allah berfirman di dalam Surah Al-Muzammil ayat 1 hingga 4, “Wahai orang yang berselimut! Bangun (solat tahajud) pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, ataupun kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan baca al-Quran dengan tartil.”

Antara janji Allah bagi mereka yang konsisten di dalam melaksanakan Solat Tahajud ialah, memiliki cahaya di air mukanya. Sesiapa yang memandangnya akan terasa sedap di pandangan dan wajah susah nak di mamah usia.

Petikan dari Al-Maqrizi Mukhtasar Qiyamullail, suatu ketika Imam Hasan Al-Basri r.a pernah di tanya, "Mengapa orang yang bertahajud di waktu malam memiliki kulit muka yang berseri?"

Imam Hasan Al-Basri r.a menjawab, "Hal itu adalah kerana mereka bersendirian bersama Tuhannya di malam hari, lalu kemudian Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari cahayaNya,"

Tambahan dari itu, Imam Ibn Qayyim pernah berkata, "Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang jelas nampak di wajah dan menyerikannya. Ada dalam kalangan para isteri memperbanyak solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, 'Solat malam dapat membuat wajah menjadi berseri, dan kami gembira bila wajah kami menjadi lebih berseri,"

2. Wuduk

tips awet muda menurut islam

Wuduk dan awet muda adalah tak asing lagi. Ramai sering kita lihat berseloroh dan bergurau jika di tanya rahsia awet muda, jawapannya ialah dengan air wuduk. Sebenarnya, ya memang benar jika kita betul mengambil wudhuk dengan sempurna, wajah akan lebih awet muda walaupun kian berusia.

Dari Nu'aim bin Al-Mujmir berkata, "Aku ke masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwuduk dan berkata, 'Aku mendengar Nabi SAW bersabda, 'Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kiamat dengan wajah berseri-seri kerana sisa air wuduk. Barangsiapa di antara kalian mampu memperpanjang cahayanya (wuduk) hendahklah dia lakukan," (Hadis Riwayat Bukhari Nombor 133).

3. Bacaan Al-Quran

tips awet muda menurut islam

Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan membaca dan mendengar lantunan ayat Al-Quran setiap hari di dalam hidup harian kita, ia akan membantu untuk kita memiliki wajah yang awet muda. Hal ini datang daripada rasa tenang ketika membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Malah, terdapat tips amalan Surah Yusuf bagi memberi wajah yang kekal tampan jelita.


Popular posts from this blog

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...

Set Cadangan Perlindungan Imuniti & Tingkat Antibodi Shaklee

Bagi sesetengah yang lain, sebagai contoh, bermain hujan itu tidak menjadi masalah, tetapi ada yang walaupun terkena sedikit sahaja hujan, keesokan harinya jatuh sakit, demam, selesema dan sebagainya. Adakah itu diri anda yang sedang membaca artikel ini? Setiap bulan mesti akan masuk wad, atau paling tidak wajib jatuh sakit walaupun sekadar demam. Adakah itu anda? Ini semua hanya salah satu dari banyaknya tanda kelemahan sistem pertahanan badan dan antibodi anda. Ada yang ok je walaupun duk bermain dalam hujan. But to some people, yang mungkin ada sejarah kesihatan lain, kena tempias pun boleh buat sakit tau Melindungi tubuh badan dengan memberi perlindungan penuh kepada sistem imuniti adalah jalan terbaik bagi meningkatkan antibodi kita. Ada daripada kita yang memiliki antibodi lemah. Disebabkan itu, selalu jatuh sakit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah sistem pertahanan dan imuniti seseorang termasuk gaya pemakanan, sejarah kesihatan, cara kehidupan...