Skip to main content

Bermain di AEON Mall Nilai Kidzoona Kiddytopia Best!

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review

Semenjak duduk di Bangi ni Syaza suka benar melangkahkan kaki ke AEON Mall di Nilai. Maklumlah dekat Bangi belum ada AEON. Salah satu sebab Syaza suka ke AEON kat Nilai ni kerana ada Kidzoona! Atau nama lain Kidzoona dekat sini ialah Kiddytopia.

Namanya lain, konsepnya juga berbeza berbanding Kidzoona AEON yang Syaza pernah bawa anak bermain. Harganya juga lain. Eh semualah lain! Hahaha

Harga tiket masuk Kiddytopia Kidzoona di AEON Mall Nilai

Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun : RM 15
Kanak-kanak 2 tahun dan ke atas : RM 28
Penjaga kanak-kanak : PERCUMA

Pada mulanya Syaza ingatkan mahal tapi lepas dah cuba sendiri memang puas hati dan berbaloi harganya. Kalau Kidzoona di tempat lain biasanya harga tiket cuma sekitar RM 10 macam tu. Tapi dengar cerita Kiddytopia di IOI Mall Putrajaya lebih mahal sampai RM 48? Biar betul? Syaza belum pernah ke Kiddytopia di sana. Kalau ke Molly Fantasy dia ye pernah, cuma RM 15 juga rasanya tetapi tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan di AEON Nilai.

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Tube racer, gelongsor guna "tayar" macam pelampung tu
pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Gelongsor, orang dewasa pun boleh main release stress hahaha


pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Sebelum masuk akan dipakaikan ini dan di scan. Jangan hilangkan sebab keluar masuk pun kena scan 
pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Ada gym ball kawasan tengah sesuai untuk baby atau toddler bawah 2 tahun



Tempat permainan di sini sangat banyak dan pada pendapat Syaza sesuai bagi mereka yang berusia seawal 2 tahun ke atas. Dia bertingkat-tingkat, ada banyak gelongsor dan paling Syaza teruja siap ada Tube Racer!

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Bertingkek-tingkek tempatnya kena banyak skill memanjat. Boleh asah skill di sini juga ya hehehe

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Gelongsor pusing-pusing, And semestinya tempat ball. Dekat tepi dia ada tempat loncat-loncat

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Sot blocks untuk baby

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Ha tengoklah suka betul dia dengan gym ball hihi


Terus teringat waktu ke Escape di Pulau Pinang time zaman belajar di USM hehehe. Kalau nak tahu Kiddytopia ni macam sesuai untuk kita mak bapak sekali tau hahaha. Cuma kena berjalan menunduk sedikit yela dah design asal nya untuk kanak-kanak. Mak bapaknya pun~ 

Satu lagi, tadi dah review banyak benda best kan, this is the downside. Tempat ini sangat kurang sesuai bagi baby atau kanak-kanak bawah 2 tahun yang belum pandai berjalan dan memanjat. Sebab, kawasan ni bertingkat-tingkat, risau kalau baby atau yang belum pandai jalan tu kena pijak je dengan kakak abang. Walaupun ada je section dekat bawah untuk kanak-kanak kategori ni, but still for me better bawa selepas mereka capable untuk berjalan. Tapi ni cuma pendapat Syaza je tau, tak salah pun kalau nak mencuba since di sini banyak tools untuk baby juga macam gym ball dan sebagainya. Just need extra caution dari parent. 😊

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Ada WiFi tau

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Buaian di bahagian bawah, bolehlah main buai laju laju dengan anak di sini tempat duduk pun lembut je

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Siap ada TV! Di bahagian paling bawah sekali. Masa ni dia pasang cerita Robocar Poli

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Ruangan untuk kanak-kanak kecil sesuai bawah 2 tahun

Ha macam dalam rumah tau tempat TV dia ada langsir bantal pun ada hehehe bolehlah tinggalkan anak sekejap di sini (dengan pantauan yer)

Mau tak seronok, ada gelongsor yang rekaannya macam gelongsor dewasa terutama sekali Tube Racer tu. Hihihi. Tahap kebersihan di Kiddytopia ni juga sangat memuaskan. Dan sebelum nak masuk ke sini, mereka akan periksa dulu suhu badan anak kita. Kalau demam, tak dibenarkan masuk. Sebelum masuk kena scan dulu. So far tempat lain yang Syaza pergi rasanya ini je kot yang scan bagai. Tempat lain rilek je hahaha

Kalau Molly Fantasi IOI Mall Putrajaya lagi terbaik bab ni, siap ambil gambar kita dengan anak. Untuk pastikan bila di bawa keluar, mereka akan periksa sekali lagi betul ke yang bawa keluar tu penjaga yang sah berdasarkan gambar. Terbaikkan? Syaza harap semua Kidzoona apply benda ni supaya kes kehilangan dan culik anak boleh dielakkan. Oh ya di sini juga mereka tempatkan CCTV hampir di kesemua kawasan. So kalau kita as mak bapak tertonggeng terbalik ke pekerjanya nampaklah yer, hahaha.



pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Siap ada jambatan ~

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Pandangan di sis tepi

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Pandangan dari sisi lain

pengalaman ke kidzoona kiddytopia aeon mall nilai review
Seputih salju gitu~

Ok berbalik pada Kiddytopia ni, so kalau rasa hujung minggu tak tau nak bawa anak ke mana bolehlah bawa ke sini. Actually Syaza suka ke sini masa weekdays, jam 8.30 malam ke atas. Sebab, tak ramai orang sangat. So bolehlah anak Syaza bermain sepuas hati dia hahaha. Kiddytopia ni tutup jam 10.00 malam tapi maklumlah selalunya pukul 9.30 malam kita dah kena faham-faham la, hehehe.

Basically Kidzoona jenis Kiddytopia di AEON Mall Nilai ni adalah Kidzoona indoor playground yang paling terbaik berbanding yang lain Syaza pernah pergi. Syaza harap servis kebersihan, keselamatan tempat permainan dan keseronokan tempat tu sendiri terjaga sampai bila-bila.

Jom kita bawa anak kita bersosial dan bermain di Kiddytopian AEON Mall Nilai!


Popular posts from this blog

SEO Offline Coaching Done Today

9/10/2017 Alamanda , Putrajaya Kelas SEO Offline Coaching Bersama Cikgu Oliess . ************ Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini. Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee. Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah. 1. Tentang keperluan bertanya 2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee 3. Sunnah berniaga Rasulullah Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini. Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya S...

Set Puasa Shaklee untuk Ibu Menyusu & Mengandung

Di bulan Ramadhan, atau nak ganti puasa, yang mana satu kategori kalian? Sedang menyusukan anak, atau menyusukan dan juga mengandung dalam masa yang sama atau mengandung? Ha, 2 pekerjaan mengandung dan menyusukan anak ni kerja yang makan tenaga sangat banyak. Syaza panggil kerja kerana kita sememangnya bekerja. Bagi anak minum susu, perah seluruh kalori dan tenaga untuk memastikan anak mendapat penyusuan Ibu yang cukup. Begitu juga yang mengandung, perlu kekal aktif dan bertenaga supaya mengandung tidak dijadikan alasan untuk tak dapat puasa Ramadhan. Walaupun ada rukhsah yang membolehkan kita berbuka puasa jika risau akan keadaan diri dan anak atau salah satu, tetap jika ada peluang untuk mendapat pahala berpuasa di bulan Ramadhan, wajib untuk grab. Syaza nak kenalkan anda semua dengan Set Puasa Shaklee yang khas bagi mereka yang sedang mengandung, menyusukan anak atau kedua-duanya sekali. Set ini terbukti membantu memberikan tenaga sepanjang tempoh berpuasa dan m...

Rumah Makan Cibiuk, Kajang | Sambal Free, Bebek Sedap

Syaza penggemar makan makanan pedas. Tapi pedas Malaysia dan Indonesia je. Pedas Korea yang Samyang and the geng tu, I tak tahan. Hehehe. Hujung sudu pun belum tentu mampu habis. Setakat pedas Malaysia tu ok la and pedas dari negara seberang pun apa kurangnya. Lagi pun dulu masa belajar degree di USM Pulau Pinang, Ayam penyet tu la menu harian lepas balik kelas. Bertambah-tambah sambal makcik tu! Sedap giler. *kredit gambar cover kepada supermeng.blogspot.com Si kecik makan nasi goreng dia je penuh portion banyak giler siap bungkus, Ibu dia makankan hahahaha But this time, sejak duduk Bangi ni selalu jugak la lalu lalang dekat depan Rumah Makan Cibiuk Kajang tu yang tepi tol tu hihi. Lepas tu pernah tengok ada sorang Maharaja Lawak, peserta dia yang entahlah siapa tah nama dia lupa la, haha, pernah review Cibiuk ni. Di tambah lagi dengan suami cerita tentang kesedapan Cibiuk lepas boss dia belanja makan. Maka, Syaza pun ajaklah suami makan di sini pada suatu hari itu...