Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

8 Punca Haid Tak Teratur dan 8 Cara Mengatasi Haid Tak Teratur

Bagi sesetengah wanita, haid mereka normal, datang dalam masa yang ditetapkan. Namun, ada sesetengah yang tak mempunyai kitaran haid yang teratur dan sempurna. Waktu tak teratur ni, stress pun boleh datang. Mula macam-macam kita fikir. Especially kita akan fikir yang kita ni sakit ke? Dulu, waktu zaman study dekat USM, sorang housemate Syaza, dia ada masalah haid tak teratur yang sangat teruk. Haid dia tu, kalau tak datang, dalam tempoh lama sangat. Dan kalau datang, pun lama. Lebih 2 minggu! And part paling tak tahannya, kesian kalau tengok dia menanggung senggugut. Haid maksimum 2 minggu sahaja. Lebih dari tu, adalah darah kotor atau istihadhah. Cara nak sucikan darah istihadhah pun ada syarat-syaratnya. Ini menurut pandangan Imam Syafie rahimahullah. Menurut seorang Professor Klinikal bernama Dr Amy Auntry di Jabatan Obstetrics-Gynecology and Reproductive Sciences di University of California, San Fransisco, "Sekurang-kurangnya, 30 peratus wanita mengalami masalah ...

Salam Merdeka yang ke-61

Sedikit fakta tentang kemerdekaan negara kita; Malaysia. Negara kita setelah melalui beberapa penjajahan, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 . Laungan "Merdeka!" bergema diikuti linangan air mata kegembiraan rakyat Tanah Melayu pada waktu itu. Tunku Abdul Rahman selaku Bapa Kemerdekaan dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengambil tanggungjawab melaungkan kalimah keramat itu di Dataran Merdeka .  Hari ini, selepas 61 tahun, kita rakyat Malaysia diimpahi dari Allah pelbagai nikmat. Antara nikmat terpenting ialah, nikmat agama . Islam merupakan agama yang majoriti dianuti penduduk Malaysia. Sama-samalah kita menjaga kedaulatan negara dan memastikan keharmonian negara dikekalkan sejajar dengan ajaran Islam yang menggalakkan keharmonian antara satu sama lain. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Bebaskan juga pemikiran kita dari di jajah . Ada pelbagai jajahan pemikiran hari ini. Adakala jika kita memerhati, kita ini kelihatan...

Testimoni Set Hamil Shaklee : Bacaan HB 12 dan ke atas (Kenapa HB tinggi penting waktu hamil?)

Sebagai seorang pengguna Set Hamil Shaklee sepanjang proses kehamilan sendiri, Syaza akui Set Hamil dari Shaklee ini sangat membantu untuk memberi tenaga, kulit lebih cantik dan paling penting HB kita maintain sahaja. Berapa HB yang sebaiknya untuk ibu mengandung? HB adalah singkatan kepada haemoglobin . Bacaan HB bagi seseorang yang tidak hamil dan hamil adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi seorang ibu hamil, bacaan bermula 10 dan ke atas adalah yang terbaik. Refer yang g/dL Sepanjang Syaza pregnant, HB Syaza maintain 11 dan ke atas . Sejujurnya Syaza tak amek vitamin yang disediakan di Klinik Kesihatan (KK). Sepenuhnya dari Shaklee . Ini testimoni set hamil dari Shaklee untuk diri sendiri. Kalau kita search dekat google, memang banyak sangat testimoni set hamil Shaklee yang dikongsikan dari para pengguna, ianya sangat membantu memastikan bacaan HB di tahap yang baik dan optimum.  Apa fungsi HB ini? H ameoglobin atau HB , ia m...

Food Review : Burger Bakar Abang Burn Melaka

Siapa peminat burger? Nak taw tak burger dekat sini lagi awesome dan best daripada burger fastfood macam MekDi hahaha. Burger dekat sini fresh! Harga berpatutan dan paling penting burger dia besar yakmat. Syaza datang sini untuk pertama kalinya waktu pregnant 7 bulan (kalau tak silaplah). Masa tu ternampak iklan burger ni lalu lalang dekat newsfeed Facebook Syaza . Tak tahan nafsu tengok iklan tersebut maka daku pun ajak la Encik Suami, "Abang! Ayuh kita segera makan burger malam ini jugak," Waktu pertama kali pergi tu kecewa. Sebab, dalam iklan video tu tunjuk kemain meleleh-leleh cheese-nya. Kami order burger sorang satu pulak tu. Dua-dua persoalkan, MANA CHEESE LELEH ITU? Hahaha *marah* Ni kali kedua pergi, waktu ni dah bersalin dan anak dah pun 5 bulan usianya. Semalam la citernya kami pergi ni. Kebetulan malam semalam keluar untuk COD Promo Alfalfa Shaklee dekat customer. So, balik tu Syaza request dekat husband, ajak makan Burger Bakar Abang Burn sekali...

Rayakan Hari Kemerdekaan 9 Restoran & Pakej Ini Tawarkan Promo Makanan Menarik (Diskaun Hingga 61%)

Gambar Sekadar Hiasan Lagi 2 hari seluruh rakyat Malaysia akan sambut Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos ini. Hari yang penuh sejarah. Restoran terkemuka pun tak lepas dari buat promo makanan mereka. Dahlah sedap-sedap pulak tu! Syaza sendiri tak sabar nak grab semua ni. Jom kita tengok. 9 Restoran & Pakej Ini Tawarkan Promo Makanan Menarik (Diskaun Hingga 61%) 1. Secret Recipe Ada dua promosi dari Secret Recipe. Kek Kedua (2nd Cake) Diskaun 61% (31 Ogos 2018, Bermula jam 12 pm hingga 5 pm) Beli 1 Percuma 1 (Lihat di gambar menu pilihan) pada bulan Ogos jam 6 pm hingga tutup 2. Baskin Robbin 16 July hingga 31 Ogos 2018 3. Burger King Whopper Jr + Cheeseburger + 2 Coke (M) RM 17.40 RM 12.90 4. Golden Screen Cinema (GSC) RM 10 tiket wayang setiap hari bulan Ogos 5. Vivo Khas untuk pemegang kad eksklusif Vivo 50% Diskaun untuk menu Hot Item! 6. Hokkaido Cheese Tart Beli 3 Percuma 1 : Setiap Rabu di bulan Ogos ...

Terima Kasih Peserta Giveaway Pertama Syaza : Teka Tong ESP Shaklee

Alhamdulillah, giveaway pertama dah selesai . Giveaway pertama; teka tong ESP Shaklee yang mana ada ESP sebenar. Syaza ni memang setia dengan ESP sejak dari 2017.  Kenapa Banyak Sangat Tong ESP Syaza? Syaza Guna ESP untuk apa? Syaza guna awalnya untuk kulit . Sebab kulit Syaza dulu penuh parut hitam kesan dari masalah jerawat yang sangat banyak! Banyak dah tong dia kat rumah ni. Yang tunjuk dalam gambar giveaway , adalah sebahagian darinya saja. Banner Giveaway Pertama Syaza -- Gambar dari kabinet dapur :) Sebab dah banyak dan tong dari Shaklee termasuk botol-botol semua jenis biodegradable dan kedap udara , so Syaza guna untuk buat benda lain. Selain dari berguna letak benda lain tu, ianya juga free cost marketing. Orang datang rumah, ESP di mana-mana. 

Testimoni Omega Guard Shaklee Untuk Budak Asma & Bronkiolitis

Kanak-kanak   tak terlepas dari asma atau lelah ini. Ada yang dari kecil, ibu bapa dah sedar. Pantang makan aiskrim, yang sejuk-sejuk, mula anak di serang asma . Bila tengok anak terpaksa kena nebulizer , ya Allah sedihnya tak terkata. Kalau boleh tukar tempat anak dengan kita, dah lama kita nak tukar, betul? Apa lagi kalau baby. Kecil lagi. Mana tahu apa. Yang tahu, nangis, berak, susu! Ulang dan terus ulang. Itulah rutin mereka. Bagaimana anak bermula usia kecil boleh terdedah kepada asma? Selain dari faktor keturunan , faktor persekitaran juga memainkan peranan yang sangat penting. Keadaan rumah, jarak anak dengan perokok , potensi jangkitan kuman dari orang yang sakit, mainan yang terdedah pada kuman dan sebagainya merupakan antara sebahagian faktor yang menyumbang kepada asma ini. Imuniti bayi dan kanak-kanak tak sama seperti dewasa. Potensi untuk mendapat jangkitan dari penyakit yang ada sangat tinggi. Adalah sangat penting bagi kita sebagai ibu ba...

Bahaya Air Suam Pada Bayi

Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru l epas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka. Susu ibu adalah yang terbaik. Tak perlu nak bilas-bilas ni. Siapa yang rajin bilas baby mereka especially yang bawah 6 bulan tu, tolong baca sampai habis. Share dekat kawan-kawan, atau sedara mara atau sesiapa sahaja yang kita perlu tahu tentang ini.

Penyusuan Ibu Kali Pertama & Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang

Waktu dalam pantang sangat kritikal, ramai ingat mereka tiada susu. Terutama para i bu yang kali pertama nak belajar menyusu bayi mereka. Syaza pernah jumpa ramai yang mengatakan susu tiada waktu dalam pantang . Dah macam-macam cuba, tapi pada perasaan mereka, susu terus tiada. Akhirnya, ramai putus asa dalam beri penyusuan kepada bayi mereka. Bagaimana susu boleh dikatakan tiada? Apa puncanya? Bagi ibu yang pertama kali berhadapan dengan situasi menyusukan anak pasti sedikit kecewa kerana impian untuk memberi bayi penyusuan eksklusif adalah impian setiap ibu. Sebenarnya ada cara yang betul bagi memperbanyak susu ibu waktu dalam pantang . Punca Susu Badan Kering Pemakanan : Mimun ais juga boleh buat susu cepat kering Nak diet : Jangan diet! Turun berat badan boleh buat susu kering Tidak pam mengikut jadual (bagi yang pam) : Pam ikut jadual tetap, bukan pam sesuka hati Tak selalu beri anak direct feeding : Apabila bersama anak, kerapkan direct feeding. Hisapan...

4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan

4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan  "Memang tidak wajib," "Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan, kita boleh rugi besar!" Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita berupaya selalu melaksanakannya. (1) Solat Tahajud " Solat tahajud " merupakan solat sunat yang "paling utama". Rasulullah mensabdakan: أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ “Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam ” (HR. An Nasa’i) Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (solat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah kerjakan. Sebab bagi beliau, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad. Tahajud juga merupakan satu-satunya "solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran" berikut keutamaannya. وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُود...

Cara Atasi Kulit Breakout

Serlahkan Kecantikan - Penjagaan Luaran dan Dalaman Kecantikan adalah sangat sinonim dengan wanita . Ianya juga merupakan satu perkara yang subjektif. Mata setiap dari kita mendefiniskan kecantikan itu adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, kita tidak dapat lari dari sepakat untuk mengatakan bahawa kulit yang bersih dari sebarang cela adalah cantik!

Kisah Benar : Akibat Suka Makan Pedas dan Lambat Makan (Hampir Kanser!)

Makan Pedas Satu Kelebihan? Majoriti rakyat Malaysia suka makan pedas. Tak pedas tak sah. Lagi pedas lagi kaw. Siapa tak makan pedas umpama salah di sisi masyarakat. Seolah satu kelemahan. Makan pedas memang sedap tapi akibat dia, kita sendiri tak sangka.

Tanda Kulit Dah Tua dan Cara Rahsia Atasi Penuaan Awal

Siapa dekat sini yang berusia 25 tahun dan ke atas? Cuba check kulit dan muka masing-masing. Ada garis halus, jeragat dan pelbagai tanda awal penuaan yang lain tak? Check perbualan dekat bawah, ada tak pernah jadi macam ni dekat kita? Perbualan pertama : "Umur berapa?" "Cuba teka!"  *feeling excited* "30?" "Er.. 26 tahun lah, huhu,"  *dan gagak pun berlalu pergi dengan bunyi ark ark* Perbualan kedua : "Umur berapa ni?" "Oh, saya 26 tahun Cik," "Huhu yeke muda lagi ye. Ingat dah 30 tadi," *krik krik krik* Hakikat yang sangat perit apabila kita dikatakan memiliki kulit yang lebih berusia dari usia sebenar. Sebenarnya apa tanda-tanda penuaan awal yang selalu menyebabkan orang lain perasan yang kita ini lebih tua dari sebenar? 11 Tanda Awal Penuaan Garis halus Pigmentasi Jeragat Bintik-bintik  Kedutan Lebam bawah mata Tompok hitam pada kulit Kulit terlalu kering Ku...